Sumbangan Pek Makanan kepada Frontliners

Sumbangan pek makanan kepada Frontliners

28 July 2021

Datuk Zulkarnain Md Eusope, Pengarah Urusan Kumpulan Pharmaniaga telah menyampaikan sumbangan pek makanan kepada petugas barisan hadapan syif malam di wad COVID-19 Hospital Sg. Buloh dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) di Lobi Hospital Sg. Buloh pada 28 Julai, 2021. Sumbangan sebanyak 25,500 pek makanan ini diberikan sebagai tanda penghargaan dan sokongan kepada mereka yang bertungkus-lumus menguruskan pesakit COVID-19. Sebanyak 650 pek makanan akan disumbangkan kepada Hospital Sg. Buloh dan 200 pek makanan kepada HKL selama 30 hari. Pek makanan ini di sediakan oleh Hotel Royale Chulan KL.