Sumbangan ubat-ubatan kepada Klinik Kesihatan Mansiat, Sabah

Sumbangan ubat-ubatan kepada Klinik Kesihatan Mansiat, Sabah

 

15 August 2022

Pihak Pharmaniaga telah memberikan bantuan sumbangan ubat-ubatan kepada Klinik Kesihatan Mansiat, Sabah pada 15 Ogos 2022. Pada 14 Jun 2022, Klinik Kesihatan Mansiat telah musnah dalam kebakaran. Klinik yang terletak kira-kira 40 kilometer dari pekan Keningau itu memusnahkan keseluruhan bangunan, ambulans, peralatan serta bekalan ubat-ubatan. Buat sementera waktu, klinik tersebut beroperasi di dewan yang terletak bersebelahan dengan tapak asal klinik tersebut. Sumbangan bekalan ubat-ubatan daripada Pharmaniaga itu telah disampaikan oleh Dato’ Najmuddin Abdullah, Ketua Komunikasi dan Pemasaran Pengguna Pharmaniaga Berhad kepada kepada En Jackson Taguah, Timbalan Pengarah Kesihatan (Pengurusan) Negeri Sabah.

Turut hadir Ms. Wei Qi, wakil Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Sabah; Dr. Easwary a/p Ramulu, Ketua Penolong Pengarah Kanan Kesihatan Primer Jabatan Kesihatan Negeri Sabah; Dr. Vinoth Viknesh a/l Muthusamy, wakil Pegawai Kesihatan Kawasan Keningau; En. Ismail Amit, Pengerusi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Mansiat; En Abdul Malik Mohamed, Pengarah Logistik dan Pengedaran dan Pn Norhana Nawawi Suri, Pemangku Pengarah Regulatori Pharmaniaga serta kakitangan Klinik Kesihatan Mansiat.
Semoga sumbangan ini dapat membantu pihak Klinik Kesihatan Mansiat untuk beroperasi seperti sediakala demi kesihatan dan kesejahteraan para penduduk setempat.