Sumbangan untuk Mangsa-mangsa Banjir di Baling

Sumbangan untuk Mangsa-mangsa Banjir di Baling

14 July 2022

Pihak Syarikat telah menghulurkan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di Baling, Kedah pada 14 Julai 2022. Sumbangan bantuan banjir ini telah disampaikan oleh warga kerja Idaman Pharma Manufacturing Sdn Bhd Sungai Petani (IPMSB SP), anak syarikat milik penuh Pharmaniaga. Barangan keperluan seperti alatan mencuci rumah, tilam, selimut, bantal, dapur gas, set penjagaan diri dan ubat-ubatan telah disampaikan oleh Pn. Sharifah Shariza Hanim Sy Abu Bakar, Pengurus Sumber Manusia dan Pentadbiran IPMSB SP kepada En. Badrol Hisham Che Li, Penghulu Mukim Kupang. Barangan bantuan ini akan diserahkan kepada penduduk di sekitar kawasan Mukim Kupang, Baling, Kedah yang telah terkesan akibat tragedi banjir. Warga kerja IPMSB SP juga telah berkesempatan membuat lawatan ke beberapa buah rumah di sekitar Kampung Hangus, Kupang, Baling untuk meninjau sendiri keadaan rumah mangsa-mangsa banjir dan menyerahkan bantuan sumbangan seperti wang tunai, alatan mencuci rumah serta barangan keperluan asas seharian. Semoga bantuan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan membantu untuk meringankan bebanan mereka.