Sumbangan Wakalah Zakat Kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

20 December 2023

Delegasi Pharmaniaga yang diketuai oleh En. Zulkifli Jafar, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif telah mengadakan sesi kunjungan hormat kepada YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pertahanan Malaysia pada hari ini di Pejabat Menteri Pertahanan, Kuala Lumpur. Semasa sesi tersebut, pihak Syarikat turut berkesempatan menyampaikan wakalah zakat berjumlah RM 225,000 kepada 3 organisasi dan institusi terpilih di bawah naungan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) iaitu; Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) serta Sekolah Tahfiz dan Asrama Anak Yatim ATM (STAY ATM). Sumbangan ini telah diterima oleh YBhg. Datuk Seri Isham Ishak, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan.
Semoga sumbangan ini dapat memberi manfaat dan meringankan beban para penerima zakat di institusi dan organisasi tersebut.