Sumbangan Wakalah Zakat Kepada Pelajar Fakir & Miskin

12 December 2023

Pihak Syarikat telah memberikan sumbangan wakalah zakat berjumlah RM600 ribu kepada pelajar dan pesakit fakir dan miskin di universiti serta hospital pengajar universiti terpilih. Sesi penyerahan sumbangan ini telah disempurnakan oleh En. Izaddeen Daud, Pengerusi Pharmaniaga kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi, pada pagi ini di Le Meridien Hotel, Putrajaya.
Semoga sumbangan yang diberikan ini dapat meringankan beban pelajar dan pesakit fakir dan miskin di institusi-institusi tersebut.