Sumbangan Zakat Perniagaan kepada Tabung Baitumal Sarawak

Sumbangan Zakat Perniagaan kepada Tabung Baitumal Sarawak

3 November 2021

Pharmaniaga menyerahkan sumbangan zakat perniagaan Pharmaniaga Manufacturing Berhad yang berjumlah RM2,000,000 kepada Tabung Baitulmal Sarawak (TBS). Zakat ini disampaikan oleh Datuk Zulkarnain Md Eusope, Pengarah Urusan Kumpulan Pharmaniaga Berhad kepada Datu Haji Abg Mohd Shibli Haji Abg Mohd Nailie, Pengurus Besar TBS semasa majlis Serahan Zakat Perniagaan di Pejabat TBS. Majlis penyerahan turut disaksikan oleh Encik Bolhassan Iskandar Taibi, Timbalan Pengurus Besar TBS.