Program ‘Tick Talk’ Pharmaniaga

11 February 2023

Pharmaniaga, dengan kerjasama Kelab Gang Sekolah  telah mengadakan program motivasi dan kerjaya yang dikenali sebagai ‘Tick Talk’ untuk 34 pelajar di bawah program #PharmaApprentice bertempat di SMK Seksyen 16, Shah Alam. Program ini merupakan penglibatan keempat Syarikat bagi menyuntik semangat dan memberi dorongan kepada pelajar-pelajar untuk berjaya dalam akademik dan kokurikulum. Sesi tersebut juga menerangkan persoalan lazim berkenaan dunia pendidikan dan pekerjaan kepada pelajar yang bakal menempuhi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Penampilan khas daripada Kelab Gang Sekolah termasuk Dato’ Kapten Hj Mohd Fauzi Aziz, Juruterbang Penerbangan Malaysia (MAS), Encik Mohamad Mansur, Pengurus Operasi Tune Tech Voiture Sdn Bhd dan penceramah World Skill Malaysia, PU Muhammad Rozi Harun, selebriti dakwah TV & Radio, Cik Norshahirah Shaharudin, Peguam Bela & Syarie serta Mohdan Amran, penceramah motivasi persendirian. Wakil pihak Syarikat, Dato’ Najmuddin Abdullah, Ketua Pegawai Komunikasi dan Pemasaran Pengguna dan Cik Noor Fadzilah Abu Bakar, Ketua Jabatan Kelestarian (ESG) turut memberikan suntikan motivasi dan berkongsi pengalaman kerjaya.  Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua tetamu undangan khas serta Kelab Gang Sekolah kerana menjayakan #PharmaApprentice kali ini.