Lawatan pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Lawatan pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

 

10 November 2022

Seramai 11 orang pelajar di bawah program Master Kesihatan Awam (MPH) dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pharmaniaga Logistik Sdn Bhd, Bukit Raja, Shah Alam, baru-baru ini. Lawatan ini diadakan bagi memberi pendedahan dan pemahaman asas kepada pelajar-pelajar mengenai bidang logistik perubatan (medical logistics). Lawatan ini turut disertai oleh Brigadier Jeneral Dato’ Dr A Halim Basari, Pengarah Farmasi Bahagian Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia. Syarikat berharap lawatan ini secara tidak langsung dapat membantu melahirkan pakar-pakar kesihatan awam yang berkualiti untuk negara.