Warga Kerja Pharmaniaga terjejas akibat banjir

Warga Kerja Pharmaniaga Terjejas Akibat Banjir

19 December 2021

Seramai 20 orang warga keluarga Pharmaniaga telah bertungkus lumus dalam membantu menyediakan sebanyak 200 pek kit bantuan banjir yang mengandungi barangan keperluan asas seperti makanan, set penjagaan diri, pelitup muka, pensanitasi tangan, susu bayi serta lampin pakai buang untuk kanak-kanak dan dewasa. Sumbangan pek kit bantuan banjir tersebut telah diserahkan oleh Datuk Zulkarnain Md Eusope, Pengarah Urusan Kumpulan Pharmaniaga kepada warga kerja yang terjejas akibat banjir di sekitar kawasan Lembah Klang. Selain itu, sebahagian daripada warga Pharmaniaga dan keluarga yang kediaman mereka terjejas telah ditempatkan ke beberapa buah hotel sebagai penempatan sementara dan ditanggung sepenuhnya oleh pihak Syarikat.
267771035_4640396242707528_378532522438635254_n
268989684_4640396496040836_3153473358331561383_n
267915212_4640396476040838_7777983691734454838_n
267614419_4640396709374148_7057198706060204820_n
268777619_4640396719374147_4037124400798631356_n
267852110_4640396822707470_1954260490365188179_n