Watikah Penyertaan Dalam Pasukan Askar Wataniah Pharmaniaga (AWP)

 Watikah Penyertaan Dalam Pasukan Askar Wataniah Pharmaniaga (AWP)

 

5 August 2022

Tahniah dan syabas di ucapkan kepada 12 warga kerja Pharmaniaga atas penerimaan Watikah Penyertaan Dalam Pasukan Askar Wataniah Pharmaniaga (AWP). Penyerahan watikah telah disempurnakan oleh Mejar (K) Datuk Zulkarnain Md Eusope, Pengarah Urusan Kumpulan Pharmaniaga. Turut hadir adalah Mejar (K) Hj Aminuddin Ab Rahman, Pegawai Perhubungan Kerajaan Pharmaniaga dan Encik Mazri Abdul Rahim, Ketua Pegawai Sumber Manusia Pharmaniaga pada 5 Ogos 2022 di Pharmaniaga Berhad.  Mereka berjaya melayakkan diri untuk menganggotai Pasukan Sukarela Askar Wataniah Malaysia di bawah Rejimen 515 Askar Wataniah Malaysia setelah melepasi pelbagai ujian yang disediakan. Mereka terdiri daripada kakitangan Pharmaniaga Berhad (4 orang) , Pharmaniaga Manufacturing Berhad (6 orang) dan Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd (4 orang). Selepas menerima watikah, mereka akan menjalani Kursus Asas Perajurit Muda Sukarela (APMS) secara berperingkat selama sebulan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) atau di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur. Setelah tamat latihan APMS, mereka perlu menjalani kursus latihan secara berkala dua kali sebulan pada hujung minggu. Untuk makluman, tujuan penubuhan Pasukan Sukarela AWP adalah sebagai tanda sokongan Syarikat dan untuk merapatkan hubungan dengan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). Secara tidak langsung, mereka turut menjadi duta Syarikat bagi memperkenalkan nama dan produk Syarikat dalam keluarga ketenteraan. Selain itu, Pasukan AWP ini juga adalah sebagai barisan hadapan Syarikat dalam apa jua situasi sama ada untuk Syarikat mahupun negara. Semoga mereka dapat memberi komitmen penuh dan berterusan dalam pasukan pertahanan negara.