Zakat Wakalah kepada Hospital Sultanah Maliha

27 June 2023

Idaman Pharma Manufacturing Sdn Bhd Sungai Petani (IPMSB SP), anak syarikat Pharmaniaga telah memberikan sumbangan wakalah zakat berjumlah RM160 ribu bagi zakat perniagaan tahun 2021.bMelalui wakalah ini, empat mesin haemodialisis telah diserahkan kepada pihak Hospital Sultanah Maliha, Langkawi oleh wakil daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah. Semoga sumbangan yang diberikan ini dapat memudahkan urusan pesakit-pesakit golongan asnaf yang menerima rawatan dialisis di sekitar daerah Langkawi.