Ziarah Kakitangan Pharmaniaga di Kota Bharu

Ziarah Kakitangan Pharmaniaga di Kota Bharu 

29 January 2022

Datuk Zulkarnain Md Eusope, Pengarah Urusan Kumpulan Pharmaniaga Berhad telah menziarahi kakitangan Pharmaniaga di Kota Bharu, Kelantan pada 29 Januari 2022. Sesi ziarah kebajikan dan ramah mesra ini turut diiringi oleh En. Zulhazri Razali, Pengarah Komersial dan Dato’ Mohammad Imran Ismail, Pengurus Besar Kanan, Pejabat Pengarah Urusan Pharmaniaga. Pada masa yang sama, sesi perbincangan turut diadakan untuk membentangkan tentang hala tuju Syarikat ke peringkat seterusnya.